Si Gadis Youtube

Si Gadis Youtube

Kategori: Cerpen
Paparan sejak: 24 07 2013
723

Bacaan

Nama Pena: Erlysa

Tengku Atilia menghela nafas. Bila dia berhadapan dengan nendanya, segala urat sarafnya beku. Tidak bergerak. Mulutnya terkunci. Nendanya begitu garang dan tegas dalam mendidik. Nendanya sangat benci apabila kerabatnya memartabatkan music sebagai perkejaan utama.Raja Adam disebelah tidak mampu berbuat apa-apa.Dia hanya mampu memandang simpati kepada Atilia. Dia sudah mengagak perkara ini lambat laut akan disedari ibunya.

“So, Tengku Atilia, adakah kamu rasa tindakan kamu ini betul?” Nenda mula menunjukkan muka bengisnya.

“Nenda, saya sudah fikir betul-betul.Saya sangat sayang mahu melepaskan peluang ini,” Rayu Tengku Atilia.

“Tapi, kamu tahukan yang nenda sangat bencikan musik? kamu dijaga nenda sejak kecil. Sanggup kamu membelakanging nenda?”

“Nenda, saya tidak bermaksud untuk….”

“Sudah! Nenda tidak mahu mendengar sebarang bantahan. Kamu tetap perlu sambung pelajaran ke London. Kamu harus belajar protocol istana seperti ayah kamu,”

Tengku Atilia hampir mahu menangis. Tapi ditahan. Dia tidak mahu kelihatan lembik dimata nendanya. Nendanya kemudian bangun menuju ke biliknya.

“Nenda…” Rayu Tengku Atilia lagi. Nendanya tidak menoleh tetapi tetap juga berhenti.

“I promise, after this I’ll Flight to London.Just one chance..”

Nendanya kaku disitu. Dia diam tanpa sebarang komentar. Entah dengar atau tidak kata-kata Tengku Atilia tadi. Dia kemudian menggamit Raja Adam mengikutnya masuk kedalam bilik bacaannya. Raja Adam hanya mengikut.
Tengku Atilia sekali lagi menghela nafas lantas mengeluh. Hari ini sahaja sudah banyak kali dia mengeluh. Tengku Atilia memicit-micit dahinya, ’Ini tak boleh jadi, nanti aku cepat tua kalau asyik mengeluh, Arrggh’ Bisik hatinya. Dia kemudian bangun dan menuju kedalam bilik. Berehat dan bertenang.

….

Pintu bilik terkuak tiba-tiba. Tengku Adam masuk kedalam bilik anak perempuan bongsunya itu. Dia sejujurnya simpati dengan nasib Atilia yang hampir menyerupai nasibnya.

Tengku Atilia bingkas bangun apabila tersedar ada orang masuk kedalam biliknya.

“Ayahanda…”

“It’s okay Atilia.. Nenda faham perasaan kamu.Tadi dia panggil ayah kebiliknya sebab nak cakap pasal hal itu. Dia izinkan. Cuma,dia kecewa kerana kamu sanggup bemain music di Youtube, sehingga dikenali semua saudara- mara. Dia kecewa dan marah. Dia juga kata kamu harus mengotakan janji kamu,”

Mata Tengku Atilia berkaca-kaca. Dia tahu dia harus mengotakan janjinya hanya untuk nendanya.
“Tapi ayahanda, Lia sendiri pelik kenapa nenda benci pada musik? Padahal musik tidak memberikan kesan pun kepada Lia?” Tengku Atilia bertanya ingin tahu. Dia sudah lama memikirkan hal itu. Walaupun dia bermain Gitar dan Piano, tetapi keputusan Peperiksaan PMR nya cemerlang. Padanya, musik ialah seni yang sangat menyenangkan.

Raja Adam mengurut-urut dagunya. Dia serba-salah ingin memberi tahu perkara sebenar. Tetapi, memandangkan ianya melibatkan masa depan anaknya, dia sanggup.

“Sebenarnya, dulu ayahanda seorang peminat musik. Seperti kamu juga, ayahanda berminat dengan music sampai sanggup meninggalkan takhta hanya sebab itu. Waktu itu, nenda baru menaiki takhta sebagai Raja Negara Amini. Nenda melarang ayahanda daripada bermain music. Katanya , music itu membawa keburukan. Ayahanda memberontak. Ayah keluar dari rumah senyap-senyap tanpa diketahui oleh kerabat Di-raja. Suatu hari,Kerabat Diraja mula mengesan ayah keluar dari Istana.”

Raja Adam terdiam sebentar sebelum menyambung.

“Kemudian, mereka mempertikaikan kredibiliti nenda, Katanya sekiranya nenda tidak menjumpai ayahanda, mereka akan membuat undian untuk memilih Raja semula. Maklumlah, nenda dipilih melalui wasiat Ayahnya. Oleh itu, abang nenda tidak puas hati. Nenda berhempas-pulas mencari ayahanda merata tempat. Ayahanda tidak pulang-pulang kerana tidak tahu berita itu. Ayahanda tinggal dirumah kawan ayahanda. Sewaktu ayahanda keluar mencari makanan, ayahanda terdengar berita itu daripada mak cik-mak cik penjual makanan di situ. Ayahanda merasa serba salah sebab sewaktu itu ayahanda sedang membuat record untuk sebuah lagu baru yang dicipta.”

Raja Adam terdiam lagi seolah-olah teringat sesuatu.

“Ayahanda pulang ke Istana semula.Mujur belum sempat di-undi. Kalaulah sempat di-undi, Ayahanda akan menyesal seumur hidup. Tapi,nenda bukannya seorang yang pentingkan jawatan, dia lebih pentingkan ayahanda daripada jawatan itu. Itulah yang membuatkan ayah menyesal. Ayah membesar menjadi anak yang dilatih protokol yang ketat dan mantap. Ayah tidak pernah mengeluh selepas itu. Kejadian itu membuatkan ayah mempunyai syarikat yang besar. Nenda kamu juga semakin anti dengan musik.”

Raja Adam menghabiskan ceritanya dengan senyuman yang kelat. Dia sangat bersalah terhadap apa yang dilakukannya dulu. Kini,dia tidak mahu anaknya menghadapi nasib yang sama.Namun begitu , dia tetap bersimpati terhadap anaknya. Sekurang-kurangnya anaknya lebih matang.

Bukan calang-calang orang akan mendapat tawaran daripada Syarikat terkemuka iaitu NIR RECORD SND BHD. Hanya orang yang mempunyai suara yang mantap sahaja layak.

Raja Adam mula bangun untuk keluar daripada bilik. Tengku Atilia hanya memerhati dan berkata.

“Ayahanda, terima kasih atas segalanya..” Ujar Tengku Atilia.

Raja Adam tersenyum dan berkata “It’s doesn’t matter. Ayahanda harap kamu tunaikan janji.”

Tengku Atilia mengangguk-angguk tanda berjanji.
….

‘Wahh. Segarnya udara!’ Bisik Atilia didalam hati. Dia kini berada di Kota London. Menyambung pelajaran tentunya. Tetapi dia bukan bersendirian.

Tiga tahun dahulu. Sewaktu dia sedang merekod single pertamanya, Cinta Tiga Suku, dia didatangi seorang lelaki yang bernama Harris. Tengku Harris sebenarnya. Kembar siam nya. Haha. Siamlah sangat.

Rupanya Tengku Harris dibawa ke Kota London suatu masa dahulu. Erk. Kira mereka kembar yang terpisah. Tengku Haris kemudian kembali, kemudian menyamar menjadi salah seorang Kru dengan menggunakan kuasa veto ayahnya. Dan kini dia berjaya menemui adik kembarnya semula. Jadi dia menemani Atilia menyambung pelajaran sambil-sambil melawat keluarga angkatnya.

Nendanya? Dia semakin kurang anti-music nya itu. Entahlah mengapa. Dia tidak pasti. Nenda kinihappily forever selepas ayahnya naik takhta.

Ayahanda. Masih baik seperti dulu.Menyumbang 10% saham kepada NIR RECORD SND BHD. Tanda menyokong anaknya.

Tengku Atilia tersentak apabila mendengar kanak-kanak menjerit memanggilnya.

“Dian,why?” Tanya Atilia pelik melihat Dian Adilah menarik-narik bajunya.

“Mom and dad..” Kata Dian menunjuk-nunjuk kearah ibubapanya.

Tengku Atilia tergelak melihat abang kembarnya dan kakak iparnya sedang mengelamun tanpa menghiraukan Dian. Sempat lagi mereka yerk.

Atilia mengangkat Dian sambil berbisik”Let them like that..” Mereka tergelak.

‘Haihh,bila lah giliran aku pula ni?’ Atilia berbisik nakal.

…….

Yeay!Cerita yang sudah diedit balek =) Wowoooot,

Komen n like please =)

To Kak Ayumi.

Thnx you so much kak!Lepas saya godek godek internet.Baru saya tahu =) Terimakasih cakap kat saya :3 Budak baru dalam menulis~~

My blog : oncelovetoyou.blogspot.com

Support me n spread love <3

Pihak Novel Melayu Kreatif tidak akan bertanggungjawab terhadap segala pandangan dan ulasan yang diutarakan terhadap karya di atas atau karya lain yang terdapat di dalam website ini. Setiap pandangan dan ulasan yang diberikan adalah pendirian atau pendapat pembaca sendiri mengenai karya dan penulisan tersebut. Namun begitu, pihak Novel Melayu Kreatif berhak untuk tidak memaparkan sebarang pandangan dan ulasan yang melanggar etika dan melampaui batas. Semoga setiap pandangan dan ulasan yang diberikan diterima secara positif oleh semua.